Friday, 3 June 2011

"tulah papa,sape suh lambat "cabut"...dah mama buang saya"

entry kali ni aku nak citer pasal pembuangan bayi yang smakin menjadi sejak akhir2 ni...ape kaitan tajuk ngan entry ni???...papa & mama ak maksudkan ialah pasangan kekasih yang melakukan hubungan terlarang..dalam bahasa budiman,MAMA PAPA HARAM....cabut tu maksud pe???
bagi yang faham baguslah..yang xtaw tu, korang kena belajar lagi lah...practice make perfect,hahahaha

3 hari berturut-turut ak bace berita orang buang bayi..maybe sempena cuti sekolah ni,ramai baik hati nak sedekah bayi kot....pasangan tu malu kot ada anak luar nikah

"tula dah pandai men,tapi x pandai tanggungjawab..owh..taw malu lak ada anak haram..dah buat kerja haram..jagalah anak haram tu..men tanpa nikah x malu lak..lancau"

klu nak buang pown..buang la elok2..ak x kata buang bayi tu elok tapi beragak r kan..sampai ada campak ikut tingkap...pergh,style tu..mana hilang akal makhluk tu..ada yang buang kasi anjing gigit,ada yang buang kat tong sampah kasi semut2 gigit..bayi tu x berdosa..yang berdosa tu "mama papa haram "tu..kesian kat bayi tu..




orang yang dekat umah aku lebih lagi terencat akal,tapi still ley besarkan anaknya..skrg dah 2 tahun dah..xde la dia tu nak men lempar anak dia dari tingkap..


insaf lah..cukup-cukup la buang bayi..mana2 yang dah terlanjur tu cepat2 la kawen ek..sekarang pun musim orang nikah ramai..kenduri sana sini...ambik la kesempatan untuk berkahwin ek..kalau dah kawen,ak rasa kurang la benda2 ni berlaku..


ok la,kepada yang melangsungkan perkahwinan..tahniah ,moga kekal perhubungan itu..
anda telah menghalalkan yang haram...(tapi liwat tetap haram,hahahhaha)

Wednesday, 1 June 2011

COLI YANG MERBAHAYA????

Coli oh coli…sebab coli ni la 15 orang dah mati,dan 300 lagi dah tenat tunggu masa je nak tempah keranda…
Nampak hebat je kan coli ni..asal??coli ni hempap-hempap manusia ke??


IF BESAR NI LAH...ORANGNYER BESAR MANA EK?HIHIHI

if coli yang dalam gambo kat atas ni hempap orang memang mati x sempat ngucap la..besar tuu!!! hehehehe
sebenarnya ak bukan nak cerita sal coli @ bra tapi
pasal kuman E-COLI
                                                                 


E-coli ni besenyer jumpe lam usus manusia.E.coli adalah nama kuman atau bakteria yang tinggal dalam saluran pencernaan manusia dan haiwan. Seseorang boleh mendapat jangkitan E.coli jika terdedah dengan najis manusia atau haiwan. ..bahaya tu ley bawak sampai mati...


Tapi nasib bek la coli ni kaco kat area eropah je..tula suke sangat berjemur pakai coli saje,,hihihihih ..ramai orang di nasihatkan supaya jangan makan sayur2 mentah sebab dah jumpe lam timun organic kat area sepanyol tu.

E-coli jugak ley  menyebabkan cirit birit berdarah dan kerosakan teruk hati sekali gus mengakibatkan kematian..
dah bnyak negara stop kan urusan pengambilan sayuran seperti tomato & timun dari eropah..perghh,serius jugak e-coli ni rupenyer..gua ingat cikai je benda ni..bleh bawak maut rupenyer.


kebetulan,aku pernah jugak bace tentang e-coli ni time jawab exam english sem lepas..dah la aku failed bab benda2 organic ni..nek biru mata tengok soklan banyak nama benda2 scientific ni..hehehehe...


AMBOI PAK LONG NI...SUKE SANGAT DIA..ahhahahaha



SUMBER:GOOGLE DAN METRO

Monday, 30 May 2011

APabila M.U kaLAH...






















p/s:adat permainan ada menang,ada kalah :)

Saturday, 28 May 2011

MENcaNAK BArang NAik..

pada suatu pagi ahmad telah membuat keputusan untuk ke pasar yang berdekatan rumahnya..

beliau dengan hati yang girang,bersemangat untuk membeli bahan-bahan masakan untuk di makan time lunch nanti..di dalam tangannya sudah tersenarai lauk-lauk yang ingin di buatnya

"perghh,,ari ni bleh makan besar ak nampaknya"bentak hatinya sambil tersenyum

ahmad jalan-jalan area pasar tu sambil servey harga barang



kesemua harga barang-barang telah mencanak naik...ahmad tak beli ape pun kerana over budget untuk keperluan lain..
akhirnya ahmad memutuskan untuk balik dengan tangan kosong je..


semasa on da way balik tibe-tibe ahmad terpandang



niat untuk singgah di kedai kopi terbantut ,akibat sejak akhir-akhir ini ramai orang bercerita pasal DNA BABI lam serbuk kopi...so ahmad meneruskan perjalan pulangnya sambil berfikir pasal lunch dia

"apa ak nak makan tengahari ni"detik hatinya

akhirnya beliau memutuskan untuk singgah
di


sesampai di rumahnya..beliau telah
*
*
*
*
*
*
*

maggi jugak jimat kos
-tamat-




banyak sangat harga barang time skrg naik..ramai pembeli dah komplen-komplen..kos hidup bertambah..subsidi bnyak nak di hapuskan..khabar angin ada orang cakap subsidi untuk nelayan pun nak di hapuskan..memang harga ikan lagi naik la jawabnya..memang keropok lekor mahal la lepas ni..dah la favourite ak.huhuhuh

1 perkara lagi,sekarang pasal makanan yang kita suap setiap hari..kandungan dalam makanan yang kita makan perlu ditetekberatkan..sekarang ramai dah bising pasal DNA si babi tu ada lam makanan & minuman...if korang rasa benda tu syubhah or was-was untuk di makan..xpayah makan la..sebab apa yang kita masukkan lam badan kita ni akan jadi darah daging kita..xkan korang nak darah daging korang x bersihkan ??
pkirkanlah..:)

sekian terima kasih..

Tuesday, 24 May 2011

APLIKasI BUNga

hye semua..
kali ini entry aku sal bunga lam dunia ni..bunga yang biasa kita taw bunga tulip,taik ayam n lain2 lagi...
tapi yang ni lain...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
LAYAN















note:ak sangat x minat bunga,tapi klu "BUNGA" y atas-atas tu ok ler..heheheheh

Monday, 23 May 2011

BAGUSLAH KLU MACAM TU ...

hye,just short entry.....

dari google
 -memetik kata dalam bukunya bob lokman---aku,isabella dan tok kenali: "kita y sntiasa di sibukkan  dengan nikmat dan candu dunia kadangkala terlupa bahawa kita stiap hari diziarahi malaikat maut.maut y tidak mengenal usia.bukan syarat tua atau muda"

-shah kamikaze dapat hidayah selepas bertemu iman satu masjidil haram,sheikh abdul rahman as sudais semasa merayau di utara

  
2 orang artis ni telah insaf kembali ke pangkal jalan .berbagai rintangan mereka trmpuhi untuk menjadi seperti diri mereka sekarang.
aku suka bile bace paper metro  22/5/2011 pasal diorang ni..baguslah..ak sokong la diorang nak berubah..benda baik,ak sokong jela..x kan nak kritik lak,,hehehehehe

tapi ada "segelintir" pihak pandang serong kat artis yang bertaubat ni,mulut orang macam ne nak jaga kan..ada yang memperlekehkan mereka..

"ala sekejap je tu"
"saje je tu nak cari publisiti murahan"
"trend artis kita supaya wartawan kejar mereka"

ak kurang suke apabila orang di sekeliling ak berpendapat macam tu...
ala,yang korang nak downkan mereka tu apsal ..
kite kena sedar la kite bukan bek sangat pun nak ukur buruk baik seseorang..
ak pun sedar ak bukan baik pun..
apa kata kite support je perubahan mereka yang bertaubat ni..mereka kan nk berubah ke arah kebaikan..bgus kan..so aku supoort perubahan mereka ni :)

p/s:untuk orang y berpandangan serong .huhuhuhu
    

Sunday, 22 May 2011

10 BENDA Y X BLEH DIBELI NGN DUIT...

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.
APABILA HIDUP BERKIBLATKAN DUIT SEMATA-MATA

 1. Masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.


2. Kebahagiaan

Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak

Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta

Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan

Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan

Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan

Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat

Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik

Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian

Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan


sumber:google

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.